Sabtu, 31 Mei 2014

Dermasiswa Pendididikan Negeri Perak


 

Bagi anak-anak negeri Perak yang akan melanjutkan pelajaran samada di peringkat matrikulasi, diploma ataupun ijazah, bolehlah memohon bantuan kewangan daripada kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Bantuan kewangan pendidikan negeri ini diberikan kepada keluarga yang berpendapatan RM3000.00 kebawah sahaja. Wang yang diberikan ini adalah bertujuan untuk membantu para pelajar membuat persediaan untuk mendaftar kemasukan.

Jumlah wang yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian yang akan diambil:
  • RM 300            -         Sijil/Matrikulasi
  • RM500             -         Diploma
  • RM1,000          -         Ijazah Sarjana Muda
  • RM1,200          -         Ijazah Sarjana Muda Profesional
Bagi mereka yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ataupun yang sedang belajar di peringkat yang telah disebutkan tadi bolehlah mengemukakan permohonan dengan mengisi borang yang boleh didapati di laman web Yayasan Perak ataupun di link di bawah ini.




Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon Dermasiswa Yayasan Perak:
  1. Dermasiswa pendidikan ini bertujuan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukanpengajian SEPENUH MASA SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja (TAWARAN TERKINI) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), IPTS terpilih, Kolej Komuniti, Institut Pendidikan Guru,Matrikulasi, Politeknik dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak di peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  2. Pemohon mestilah Anak Negeri Perak Darul Ridzuan yang ditakrifkan sebagai :- 
    1. Pelajar atau ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, danMESTI MENETAP DI PERAK atau : 
    2. Keluarga bermastautin melebihi 10 tahun di negeri Perak dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pegawai Daerah / Wakil Rakyat.
  3. Isirumah (Ibu dan Bapa) berpendapatan dibawah RM3,000.00 sebulan sahaja (gaji pokok). 
  4. Pemberian sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.
  5. Sila sertakan salinan surat TAWARAN TERKINI, salinan MY KAD Pelajar, Bapa dan Ibu yang Lahir di Perak disahkan oleh Ketua Kampung / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat. 
  6. PENYATA PENDAPATAN (isirumah) Bapa & Ibu / Penjaga yang disahkan oleh Majikan dan sekiranya PESARA sila kepilkan Salinan Penyata Pencen Bulananatau jika BEKERJA SENDIRI sila dapatkan Pengesahan Pendapatan daripada Ketua Kampung.
  7. Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
  8. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK. Jika tiada sebarang jawapan dalam TEMPOH 3 BULAN dari tarikh penghantaran borang, maka permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.
  9. Tarikh Tutup Permohonan: 3 BULAN DARI TARIKH PENDAFTARAN MASUK IPT




Sumber Yayasan Perak