Selasa, 5 Februari 2013

Bunga Bakawali - Bunga Misteri


Pokok bunga Bakawali atau nama saintifiknya Epiphyllum Anguliger merupakan suatu pokok yang cukup mistik kerana sering dikaitkan dengan pokok yang berpenunggu. Pokok ini turut dikenali dengan nama Ric Rac Cactus, Queen of the Night dan Moon Cactus.


Bunga ini berbau sangat wangi, tetapi bunganya hanya akan kembang pada tengah malam sehingga waktu pagi. Bunganya akan kembang mulai jam 10 malam tetapi pada pukul 12 malam, baunya akan menjadi semakin wangi kerana pada waktu itu, bunga Bakawali sudah pun berkembang penuh.


Orang Melayu percaya bahawa semasa bunga Bakawali hendak kembang, akan ada orang bunian yang berada berhampirannya. Ada juga yang percaya, ada seorang dewi dari kayangan yang akan menjaganya semasa ia kembang.


Menurut orang Cina pula, pokok bunga ini dapat memberikan tuah dan rezeki kepada pemiliknya sekiranya berbunga. Pokok ini selalu ditanam di tempat mereka berniaga dan satu reben merah akan diikat pada setiap dahan. Mereka juga percaya, apabila pokok bunga Bakawali ini mati, pemiliknya akan mendapat musibah.


Ada juga yang percaya bahawa sekiranya tuan pokok tersebut meninggal dunia, pokok tersebut juga turut akan mati.

Ini lagu dari Elly Mazlien yang bertajuk Bungaku Bakawali. (Hehehe)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan