Ahad, 2 Julai 2017

Kupon Diskaun 15% di Zalora

Hai adakah anda mencari kupon potongan harga di Zalora?
Anda boleh gunakan kod ZBAP3LW apabila berbelanja di Zalora dan nikmati 15% diskaun untuk semua barangan.
Kupon ini hanya boleh ditebus bagi pelanggan pertama kali Zalora sahaja.
Kepada pelanggan terdahulu boleh mendaftar akaun baru dan gunakan kod ZBAP3LW.
Kupon Diskaun 15% ZBAP3LW
Selamat membeli belah di www.zalora.com.my

Zalora Coupon for 15% Discount

Hey for those who are looking for discount when shopping at Zalora I have a coupon code for you.
Enter ZBAP3LW when checking out and enjoy 15% off price.
Only applicable for first time customers only.
Existing customers can register new accounts and use this code at check out.
Share this code with your friends now!
Discount 15% use ZBAP3LW
Enjoy your shopping at www.zalora.com.my

Jumaat, 18 Julai 2014

Baucer Discount ZALORA Percuma

Adakah anda sedang mencari kod-kod discount untuk Zalora?
Saya akan memberikan anda discount sebanyak 15% yang boleh digunakan untuk semua produk yang anda beli.
Masukkan baucer ini pada bag anda untuk menikmati potongan harga.

Baucer: ZBAP3LW


















Selamat membeli belah daripada saya.

ZALORA Voucher for everyone























Are you an online shopper?
Have you ever shopped at zalora.com.my?
If you don't, why not doing it right now?

As a ZALORA Ambassador I am thrill to give to you a voucher of 15% discount that apply to all products.Voucher: ZBAP3LW
Use this code at the checkout to enjoy your saving.Happy shopping from me and ZALORA! 



Sabtu, 31 Mei 2014

Dermasiswa Pendididikan Negeri Perak


 

Bagi anak-anak negeri Perak yang akan melanjutkan pelajaran samada di peringkat matrikulasi, diploma ataupun ijazah, bolehlah memohon bantuan kewangan daripada kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Bantuan kewangan pendidikan negeri ini diberikan kepada keluarga yang berpendapatan RM3000.00 kebawah sahaja. Wang yang diberikan ini adalah bertujuan untuk membantu para pelajar membuat persediaan untuk mendaftar kemasukan.

Jumlah wang yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian yang akan diambil:
  • RM 300            -         Sijil/Matrikulasi
  • RM500             -         Diploma
  • RM1,000          -         Ijazah Sarjana Muda
  • RM1,200          -         Ijazah Sarjana Muda Profesional
Bagi mereka yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ataupun yang sedang belajar di peringkat yang telah disebutkan tadi bolehlah mengemukakan permohonan dengan mengisi borang yang boleh didapati di laman web Yayasan Perak ataupun di link di bawah ini.




Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon Dermasiswa Yayasan Perak:
  1. Dermasiswa pendidikan ini bertujuan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukanpengajian SEPENUH MASA SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja (TAWARAN TERKINI) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), IPTS terpilih, Kolej Komuniti, Institut Pendidikan Guru,Matrikulasi, Politeknik dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak di peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  2. Pemohon mestilah Anak Negeri Perak Darul Ridzuan yang ditakrifkan sebagai :- 
    1. Pelajar atau ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, danMESTI MENETAP DI PERAK atau : 
    2. Keluarga bermastautin melebihi 10 tahun di negeri Perak dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pegawai Daerah / Wakil Rakyat.
  3. Isirumah (Ibu dan Bapa) berpendapatan dibawah RM3,000.00 sebulan sahaja (gaji pokok). 
  4. Pemberian sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.
  5. Sila sertakan salinan surat TAWARAN TERKINI, salinan MY KAD Pelajar, Bapa dan Ibu yang Lahir di Perak disahkan oleh Ketua Kampung / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat. 
  6. PENYATA PENDAPATAN (isirumah) Bapa & Ibu / Penjaga yang disahkan oleh Majikan dan sekiranya PESARA sila kepilkan Salinan Penyata Pencen Bulananatau jika BEKERJA SENDIRI sila dapatkan Pengesahan Pendapatan daripada Ketua Kampung.
  7. Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
  8. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK. Jika tiada sebarang jawapan dalam TEMPOH 3 BULAN dari tarikh penghantaran borang, maka permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.
  9. Tarikh Tutup Permohonan: 3 BULAN DARI TARIKH PENDAFTARAN MASUK IPT




Sumber Yayasan Perak

Selasa, 16 April 2013

EduCamp Universiti Teknologi Petronas (Foundation) 2013


Woaa, baru balik dari UTP pegi educamp. Kalau sape2 yg nak belajar kat UTP nie kene pegi educamp die dulu.

Kat educamp nie pegi dengar ceramah lepas tue kene pegi interview untuk tengok korang qualify ke tak. Orang yg daftar nak masuk UTP beribu-ribu, so diorang kenelah pilih yg terbaik utk masuk UTP. Daripada lebih kurang 4000 org yg daftar, hanya 900 org je yg layak masuk UTP. (dengar dlm ceramah)

Chancellor Complex

First korang datang awal2 pagi pegi daftar kat Chancellor Complex. Masa pendaftaran pukul 7.30 sampai 8.00. Lepas tue korang akan dibahagikan mengikut kumpulan. Ade kumpulan A, B, C, D, E, ...  First come first serve. Kalau korang daftar awal dapatlah interview awal, balik pun awal. Group A yg paling awal smpai dan seterusnye.

Chancellor Hall

Lepas dah daftar korang duduklah dalam Chancellor Hall dengar penerangan dan taklimat tentang course yang ade dlm UTP. Nanti diorang akan terangkan course yg korang ambik tue tentang ape, ape yg korang akn belajar, boleh keje kat mane, and macam2 lagi lah.

Masjid An-Nur UTP

Lepas dah habis dengar ceramah, Group yg awal iaitu A dan B kene pegi interview terus kat bangunan lain. Diorang kene naik bas pegi tempat tue (dekat depan masjid). Group A masuk bilik penerangan dulu dengar ape yg perlu dibuat mase kene interview. Group B pulak kene tunggu kat Preparation Room.

Interview tue ade due sesi. First, individual interview and then group interview. Korang akan diberikan case study. Korang kene lah berikan pendapat same ade solutions yang die bagi tue korang setuju atau tak. Waktu individual interview tue die tanye korang punye pendapt same ade setuju or not. Mase group interview pulak korang kene berbincang depan interviewer tue tentag mslah and solutions yang korang nak bg. Lepas tue akhir sekali korang kene berikan rumusan tentang persetujuan solution yang korang bagi.

Lepas dah habis group dicussion/interview, korang boleh lah balik. Tapi makanan ade disediakan kat depan masjid. Jalan kaki je dah sampai, tak jauh pun. Korang bolehlah makan sebelum balik.

Interview tue best la jugak walaupun semuenye dalam bhase inggeris. Interviewer die tue sangat peramah dan suke senyum. Diorang tnye tentang diri korang, asal mane, sk mane and mcam2 lg lah.

Jgn takut sangat nak g interview nie. Diorang x nak kite takut tp nak kite bg penjelasan dan solutions and reasons tentg problem yg diorng bg. Macam mane korng punye otak berfikir.

Semue aktiviti nie dalam bhse inggeris sbb english bhse utama UTP.

Hopefully dpt masuk UTP Mei nie.


Selasa, 5 Februari 2013

Bunga Bakawali - Bunga Misteri


Pokok bunga Bakawali atau nama saintifiknya Epiphyllum Anguliger merupakan suatu pokok yang cukup mistik kerana sering dikaitkan dengan pokok yang berpenunggu. Pokok ini turut dikenali dengan nama Ric Rac Cactus, Queen of the Night dan Moon Cactus.


Bunga ini berbau sangat wangi, tetapi bunganya hanya akan kembang pada tengah malam sehingga waktu pagi. Bunganya akan kembang mulai jam 10 malam tetapi pada pukul 12 malam, baunya akan menjadi semakin wangi kerana pada waktu itu, bunga Bakawali sudah pun berkembang penuh.


Orang Melayu percaya bahawa semasa bunga Bakawali hendak kembang, akan ada orang bunian yang berada berhampirannya. Ada juga yang percaya, ada seorang dewi dari kayangan yang akan menjaganya semasa ia kembang.


Menurut orang Cina pula, pokok bunga ini dapat memberikan tuah dan rezeki kepada pemiliknya sekiranya berbunga. Pokok ini selalu ditanam di tempat mereka berniaga dan satu reben merah akan diikat pada setiap dahan. Mereka juga percaya, apabila pokok bunga Bakawali ini mati, pemiliknya akan mendapat musibah.


Ada juga yang percaya bahawa sekiranya tuan pokok tersebut meninggal dunia, pokok tersebut juga turut akan mati.

Ini lagu dari Elly Mazlien yang bertajuk Bungaku Bakawali. (Hehehe)